Powered By Blogger

Sponsor

Monday, August 23, 2010

1 Tradezone

wahai sekalian kaki jualan online semua, website mudah.my rasanya semua orang tahu tu website apa. Web nurkilan hasil daripada warga Singapore yang kini rasanya dah popular habis satu Malaysia ni. dan jangan x percaya mungkin masih ramai lagi yang tak tahu yang website mudah.my nie sebenarnya adalah hasil tangan singaporian Jadi mana air tangan orang Malaysia sendiri? Baru ada persaingan dengan warga bijak Singapore kan kan kan? jadi selepas terbaca artikel kat Oh!tidak.com nak cuba memperkenalkan satu website by Malaysian yang diberinama 1 Tradezone Malaysia Online Marketplace.

kewujudan dia sama je macam mudah.my. Tempat nak jual beli barang dan website 1 Tradezone ini masih baru dan terpulang pada kita warga malaysia sendiri nak memberi sokongan untuk produk-produk berkualiti yang lahir dari kemahiran tempatan.




Menurut tuan website tersebut, nama 1 Tradezone digunakan bagi menyahut seruan 1 Malaysia dari Perdana Menteri kita. Oh ya, senang cerita antara servis yang ada kat website tersebut, melayakkan untuk mereka bersaing secara sihat dengan  mudah.my yang memonopoli market tempatan di Malaysia. Selain segalanya seakan sama dengan Mudah.My, mereka ada kelebihan ini.. dan lebih cantik

1. Zoom Picture



- Membolehkan sebarang produk yang dijual, di zoom untuk melihatnya pada gambaran yang lebih besar,

2. Web Design
- Selain untuk memberikan servis terbaik, tema dan design juga haruslah menarik dan tidak membosankan. So faktor ini ada pada 1tradezone.









3. User Friendly
- We all dah test, dan ternyata memang senang nak letak ads. Korang boleh pilih nak register atau pun tidak untuk meletakkan sebarang produk korang. Tentulah kalau register, lagi secure proses jual beli korang kan? Hehehe. We all nengok benda ni memang memudahkan sebab tak perlu register IC segala n maklumat-maklumat tak penting seperti yang ada di Ebay dan juga Mudah.

4. Kelebihan Mendaftar
- Kepada mereka yang berdaftar akan di listkan ke dalam senarai e-shop mereka dan produk korang akan tersenarai didalam kategori berkaitan di negeri masing-masing dan tidak kira apa user search pun dalam kategori tersebut,kedai mereka akan turut tersenarai di bahagian atas sekali.

Interesting kan? Kitorang pun taknak korang baca panjang-panjang, just nak inform yang Oh! Tidak wujud bukan bertujuan untuk menghiburkan saja, tapi jika ada maklumat-makluamt dan website seperti ini, menjadi tanggungjawab kami untuk sama-sama memperkenalkan. Tanggungjawab korang? Menyokong apa yang termampu lebih-lebih lagi produk anak tempatan bumi kita sendiri.

URL: 1tradezone.my
FACEBOOK: http://facebook.com/1tradezone

No comments:

SHARE THIS

Related Posts with Thumbnails