Powered By Blogger

Sponsor

Friday, August 6, 2010

cian kat aku

pengalaman member aku punyer... cian kat dier

HP aku selalu juga dapat call dari yang tersalah tekan nombor. Biasanya nombor yang mempunyai turutan dua nombor yang sama yang menyebabkan orang tersalah dial. Tapi bagi yang bercinta/bertunang terutama yang dah berkahwin, kes salah nombor ni dah jadi kes berat. Seperti cerita yang dikongsi oleh Mat Kristal ni…
Salam Semua.
Ini ha ! Ada citer yg amat mengoncang Arash akibat pemanggil salah nombor kat hp kita.
Semalam , saya menghantar isteri saya ke tempat keje dia. Hand phone seperti biasa saya letakkan di compartment terbuka dekat auto gear stick. Bila ada call pd hp saya tu…
isteri saya lah jadi tukang jawab nya.
So, pagi semalam , semuanya macam biasa. kami berbual pasal keje dan business yg sama-sama kami usahakan , hp pun berbunyiiiii !
Isteri saya pun jawab dengan Salam ! Dari sebelah sana ada suara seorang wanita berkata, salah nombor lah. Kuat juga bunyinya. Saya dengar kata2 wanita itu.membuak2lah kemarahan org umah saya tuuuu! Macam nak pecah cermin keta saya. Bayangkan …orang menjerit dalam keta yg tertutup rapat.

Hp saya memang selalu terima panggilan salah nombor ni. kadang2 Suara orang cina. Saya taulah pasal dia ckp cina. Baik lelaki atau wanita. No yg baru ini pun saya ada terima.Tapi mcm biasalah….kalau org kata salah nombor….salah nomborlah …ya tak ?
So kita tak layan lah. Walau apa pun . phone mesti kita jawab. sebab kita business tak kira masa dan keadaan. Walaupun miss call. tak kira nombor siapa , kita mesti call balik ..kot ,kot prospek perniagaan ke . ya Tak ?
Tapiiiii! Rupa2nya, isteri saya menyimpan hati yg marah bila ada panggilan salah nombor ni. Dia sering perhati dan curi dengar bila saya on the phone. Saya tak kisah sangat. . kadang2 saya on loud speaker agar kami sama2 dengar. Pendek kata …… isteri saya tak puas hati dengan panggilan salah nombor ni. PULAK TU. SEMALAM KENA DIA YG JAWAB. Pergh ! bagai nak luruh jantung saya di buat nya.
So, Saya call lah no tu…. Saya citerkan apa yg berlaku… So , wanita disebelah sana ckp…dia salah nombor. Saya boleh terima , wanita tu boleh terima……yg PROBLEMNYA
isteri saya yg tak mahu terima. Pastu saya call lagi……Saya tanyakan alamat pemanggil.
Alamat diberi. Saya ajak isteri saya pegi. dia tak nak pulak. katanya ..dia nak pegi keje jugak.
dipendekkan citer. selepas selesai menghantar isteri saya ketempat kejenya, dia tak salam tangan lagi….merajuklah tu. Saya memang tak terus pujuk sebab nak pujuk pasal apa. Dalam keadaan gitu, kita blurr beb. Tapi saya perhatikan dia hingga dia masuk ke pejabat dia. Siapa tak sayang bini ooooiiiii !
Balik semula pasal pemanggil tadi. Saya pergi terus ke pejabat itu. Senang cari tempat dia ni. Jadi saya masuk lalu berjumpa dengan kaki tangan sykt tersebut. Ada seorang wanita mengakui dia yg buat panggilan itu. Dia pun jelaskan bahawa dia tersalah tekan nombor. Dia tunjukkan pada saya no telephone mobile kawan dia….Memang semua nombor saya sama . cuma susunan dua angka tu mengelirukan sikit.
Pada mulanya , wanita itu tak tahu nak tolong macamana, bila saya nyatakan saya akan buat tindakkan , baru dia macam dapat cool sikit dan memberi alasan yg saya rasa boleh isteri saya terima. Harapan saya lah !
Saya pun contact isteri saya dan ceritakan hal ini. Saya berikan nombor kawan wanita itupada dia.. sebagai bukti….. Anda semua nak tahu apa jawab isteri saya.
“saya tak nak percayakan awak lagi ” Pergh ! cukup tajam menusuk kelabu beb !
hari ini pun masih pwerang dingin lagi
Kini aku berdoa agar jgn lah ada panggilan salah nombor lagi.
Stress akuuuuu ~!

No comments:

SHARE THIS

Related Posts with Thumbnails