Powered By Blogger

Sponsor

Sunday, July 26, 2015

Contoh surat perjanjian Perkongsian perniagaan








SURAT PERJANJIAN PERKONGSIAN/PARTNERSHIP AGREEMENT(CONTOH)



Sebelum memulakan sesuatu aktiviti perniagaan yang berbentuk Perkongsian,perlu terlebih dahulu memastikan yang rakan kongsi saling memahami antara satu dengan yang lain.Ini bertujuan bagi mengelak daripada berlaku salah faham dan ianya boleh mengundang kehancuran dalam pertubuhan itu sendiri serta boleh mengakibatkan kegagalan sesuatu aktiviti yang telah dirancang.Dibawah adalah contohPerjanjian Perkongsian sebagai panduan bersama;

Perjanjian Perkongsian

Perjanjian ini dibuat pada tarikh dan tahun seperti yang dicatatkan di dalam Ceraian 1 Jadual Pertama diantara pihak yang nama dan keterangannya tercatit di dalamCeraian 2 Jadual Pertama (selepas ini dirujuk sebagai ‘Pihak Pertama’) bagi pihak yang Pertama Dan pihak yang nama dan keterangannya tercatit di dalam Ceraian 3 JadualPertama (selepas ini dirujuk sebagai ‘Pihak Kedua’) bagi pihak yang Kedua.
 ARTIKEL 1
                                                                 MUKADDIMAH
1.01            Pihak Pertama adalah seorang individu yang mempunyai alamat penyampaian di.( Nama/ic-no/Alamat Penuh )
1.02            Pihak Kedua adalah seorang individu yang mempunyai alamat penyampaian di.Nama/ic-no/Alamat Penuh )
1.03            Pihak Pertama dan Kedua  ada membuka sebuah Perkongsian di bawah Akta Perkongsian 1961di atas nama (selepas ini disebut sebagai ‘Perniagaan Tersebut’).
1.04            Pihak Pertama dan Kedua  bersetuju untuk melabur dan berusahasama dalam menjalankan Perniagaan tersebut berdasarkan kepada syarat-syarat, terma-terma dan peruntukan-peruntukan yang dinyatakan secara jelas atau tersirat dalam Perjanjian ini.
 ARTIKEL 2
DEFINISI-DEFINISI
2.01            Di dalam Perjanjian ini, setiap perkataan hendaklah membawa maksud seperti yang dinyatakan di bawah:-
a.)                 ‘Pihak Pertama’ merujuk kepada pihak yang diterangkan di dalam Ceraian 2 Jadual Pertama dan termasuk waris-waris, wakil diri, penerima hak, pentadbir dan penguasaannya.
b.)                 ‘Pihak Kedua’ merujuk kepada pihak yang diterangkan di dalam Ceraian 3 Jadual Pertama dan termasuk waris-waris, wakil diri, penerima hak, pentadbir dan penguasaannya.
c.)                  Perniagaan Tersebut’ merujuk kepada perniagaan seperti yang terdapat di dalam Pendaftaran Perkongsian dan apa-apa dokumen lain yang berkaitan.
d.)                 ‘Balasan’ merujuk kepada balasan keuntungan yang akan diperolehi daripada Perniagaan Tersebut dan akan dibahagikan diantara Pihak Pertama dan Kedua.
e.)                  Liabiliti’ merujuk kepada tanggungjawab bersesama yang perlu dipikul dan dilaksanakan oleh Pihak Pertama dan Kedua.
f.)                  ‘bulan’ bermakna bulan kalender masihi.
g.)                  ‘RM’ merujuk kepada Ringgit Malaysia yang sah di sisi undang-undang Malaysia.
h.)                 ‘Undang-undang’ merujuk kepada Undang-undang Malaysiayang terkandung di dalam Akta-akta,Regulation dan ‘by Laws’ yang diterima pakai di Malaysia.
i.)                   Masa dimana jua disebut di dalam Perjanjian ini adalah menjadi perkara mustahak dan pati bagi perjanjian ini.
j.)                   Jika terdapat dua atau lebih orang perseorangan yang boleh dikategori sebagai Pihak Pertama dan Pihak Kedua apa-apa perjanjian–perjanjian,waad-waad,syarat-syarat dan akujanji-akujanji mereka hendaklah dianggap sebagai dilaksanakan oleh dan akan mengikat setiap daripada mereka bersama dan berasingan.
k.)                 Perkataan-perkataan yang membawa erti gender maskulin hendaklah disifatkan dan dikira yermasuk gender feminin dan hekter dan sebaliknya.
l.)                   Perkataan-perkataan yang membawa erti bilangan tunggal hendaklah disifatkan dan dikira termasuk bilangan banyak dan sebaliknya. 
ARTIKEL 3 
BALASAN
3.01            Keuntungan
Pihak Pertama dan Pihak Kedua bersetuju dan berwaad bahawa keuntungan bersih yang akan diperolehi daripada Perniagaan tersebut akan dibahagi sama rata diantara Pihak Pertama dan Pihak Kedua pada peratusan Lima Puluh dan Lima Puluh (50% :50%)masing-masing.
3.02            Kerugian
Pihak Pertama dan Pihak Kedua bersetuju akan bersesama menanggung kerugian sekiranya berlaku daripada Perniagaan Tersebut pada peratusan Lima Puluh dan Lima Puluh (50%:50%) masing-masing tanpa gagal.
3.03            Keingkaran Pembahagian Balasan
Kedua-dua pihak bersetuju bahawa sekiranya ada di antara pihak-pihak terlibat di dalam Perjanjian Perkongsian ini gagal samada membahagikan keuntungannya atau kerugiannya seperti yang dinyatakan secara jelas di kalusa 3.01 dan 3.02 melainkan dengan persetujuan kedua-dua pihak, maka pihak yang satu lagi adalah berhak membawa perkara tersebut ke Mahkamah.
ARTIKEL 4 
MODAL DAN PELABURAN
4.01            Modal
Kedua-dua pihak mempunyai pengetahuan bahawa Pihak Pertama dan Pihak Kedua telah mengeluarkan modal awal bagi menjalankan Perniagaan Tersebut.
ARTIKEL 5
LIABILITI
5.01            Liabiliti
Kedua-dua pihak bersetuju bahawa liabiliti terhadap Perniagaan Tersebut adalah ditanggung bersesama Pihak Pertama dan Pihak Kedua dan sekiranya satu pihak di saman bagi tuntutan gantirugi, perbelanjaan gantirosak, tanggung kerugian dan perbicaran maka pihak yang satu lagi akan mengindemnifikan pihak yang disaman tersebut tanpa gagal. Sekiranya pihak yang satu lagi enggan dan/atau gagal dan/atau cuai untuk mengindemnifikan pihak yang disaman tersebut maka secara perjanjian pihak yang disaman tersebut berhak untuk menarik pihak yang satu lagi di dalam prosiding tuntutan tersebut sebagai Pihak Ketiga.
ARTIKEL 6 
PENGURUSAN
6.01            Kewangan
Pihak Pertama dan Pihak Kedua bersetuju bahawa kedua-dua pihak adalah bertanggungjawab bersesama untuk mengendalikan pengurusan kewangan Perniagaan Tersebut  dan akan melantik juruaudit luar bagi setiap hujung tahun kewangan untuk memastikan bahawa perjalanan akaun Perniagaan Tersebut adalah teratur dan tersusun tanpa ada sebarang penyelewengan.
6.02            Pekerja
Pihak Pertama dan Pihak Kedua berjanji akan bertanggungjawab bersesama untuk mengambil insuran pekerja-pekerja Perniagaan Tersebut dengan insuran pampasan pekerja dan akan membayar sebarang caruman yang perlu di bayar mengikut Undang-undang buruh yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.
 ARTIKEL 7
KEDUDUKAN SYARIKAT
7.01            Kedudukan syarikat
a.)                 Pihak Pertama dan Pihak Kedua bersetuju bahawa pada masa menandatangani Perjanjian Perkongsian ini, Perniagaan Tersebut akan beroperasi sebagai sebuah perniagaan induk sendiri dan akan hanya diuruskan oleh Pihak Pertama dan Pihak Kedua.
b.)                 Kedua-dua pihak bersetuju bahawa pada masa material tersebut Pihak Pertama dan Pihak Kedua adalah diwajibkan untuk menandatangani segala dokumen-dokumen yang perlu bagi Perniagaan Tersebut.
ARTIKEL 8 
PEMBATALAN
8.01            Pembatalan Perjanjian Perkongsian ini
a.)                 Kedua-dua pihak bersetuju bahawa Perjanjian perkongsian ini tidak boleh dibatalkan samasekali melainkan berlakunya perkara-perkara yang dinyatakan dibawah ini:-
i.                     sekiranya kedua-dua pihak bersetuju secara sukarela membatalkan Perjanjian Perkongsian ini;dan/atau
ii.                    sekiranya salah satu pihak yang terlibat dalam Perjanjian Perkongsian ini melanggar syarat-syarat ,terma-terma dan peruntukan-peruntukan di dalam Perjajian Perkongsian ini;dan/atau
iii.                  sekiranya pihak berkuasa membatalkan lesen Perniagaan Tersebut dan/atau enggan memperbaharui lessen Perniagaan Tersebut;dan/atau
iv.                  sekiranya Perniagaan tersebut mengalami kerugian yang teruk dan Pihak Pertama dan Pihak Kedua terpaksa menutup Perniagaan Tersebut samada secara sukarela ataupun dengan perintah mahkamah.
Kedua-dua pihak bersetuju bahawa pembatalan Perjanjian Perkongsian tidak akan menyebabkan hilangnya hak pihak-pihak yang terlibat didalam Perjanjian Perkongsian ini yang telah dinyatakan didalam peruntukan –peruntukan Perjanjian Perkongsian ini.
ARTIKEL 9 
KEINGKARAN
9.01        Keingkaran Pihak Pertama
Sekiranya Pihak Pertama melanggar syarat-syarat, terma-terma dan peruntukan-peruntukan yang terkandung di dalam Perjanjian Perkongsian ini maka Pihak Kedua berhak membatalkan Perjanjian Perkongsian ini dengan memberi notis pembatalan kepada Pihak Pertama dalam tempoh Empat Belas (14) hari dari tarikh perlanggaran tersebut dilakukkan dan Pihak Kedua berhak menuntut gantirugi terhadap segala kerugian yang dialami kesan daripada perlanggaran tersebut
Sekiranya perlanggaran terma-terma , syarat-syarat dan peruntukan-peruntukan dalam Perjanjian Perkongsian ini oleh Pihak Pertama menyebabkan Pihak Kedua di saman terhadap tuntutan gantirugi, perbelanjaan gantirosak, tanggung kerugian dan perbicaraan maka Pihak Pertama mestilah mengindemnifikan Pihak Kedua terhadap tuntutan-tuntutan tersebut tanpa gagal.
9.02            Keingkaran Pihak Kedua
Sekiranya Pihak Kedua melanggar syarat-syarat, terma-terma dan peruntukan-peruntukan yang terkandung di dalam Perjanjian Perkongsian ini maka Pihak Pertama berhak membatalkan Perjanjian Perkongsian ini dengan memberi notis pembatalan kepada Pihak Kedua dalam tempoh Empat Belas (14) hari dari tarikh perlanggaran tersebut dilakukkan dan Pihak Pertama berhak menuntut gantirugi terhadap segala kerugian yang dialami kesan daripada perlanggaran tersebut
Sekiranya perlanggaran terma-terma , syarat-syarat dan peruntukan-peruntukan dalam Perjanjian Perkongsian ini oleh Pihak Kedua menyebabkan Pihak Pertama di saman terhadap tuntutan gantirugi, perbelanjaan gantirosak, tanggung kerugian dan perbicaraan maka Pihak Kedua mestilah mengindemnifikan Pihak Pertama terhadap tuntutan-tuntutan tersebut tanpa gagal.
ARTIKEL 10 
EKUITI
10.01         Ekuiti
Kedua-dua pihak bersetuju bahawa dengan menandatangani Perjanjian Perkongsian ini, maka Pihak Pertama mempunyai Lima Puluh Peratus(50%) pegangan ekuiti di dalam Perniagaan Tersebut dan Pihak Kedua mempunyai Lima Puluh Peratus (50%) pegangan ekuiti di dalam Perniagaan Tersebut.
10.02         Penjualan Ekuiti
a.)     Pihak Pertama bersetuju dan berjanji bahawa sekiranya Pihak Pertama mempunyai niat untuk menjual pegangan ekuiti Pihak Pertama kepada pihak lain maka persetujuan bertulis daripada Pihak Kedua mestilah diperolehi dan penjualan ekuiti tersebut mestilah ditawarkan terlebih dahulu kepada  Pihak Kedua dan Pihak Kedua dalam tempoh Satu (1) bulan mestilah memberi jawapan bertulis kepada tawaran tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan dan sekiranya Pihak Kedua gagal memberi jawapan bertulis dalam masa yang telah ditetapkan maka Pihak Pertama berhak menawarkan penjualan pegangan ekuiti tersebut kepada pihak lain tanpa perlu memberi notis selanjutnya kepada Pihak Kedua.
b.)     Pihak Kedua bersetuju dan berjanji bahawa sekiranya Pihak Kedua mempunyai niat untuk menjual pegangan ekuiti Pihak Kedua kepada pihak lain maka persetujuan bertulis daripada Pihak Pertama mestilah diperolehi dan penjualan ekuiti tersebut mestilah ditawarkan terlebih dahulu kepada  Pihak Pertama dan Pihak Pertama dalam tempoh Satu (1) bulan mestilah memberi jawapan bertulis kepada tawaran tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan dan sekiranya Pihak Pertama gagal memberi jawapan bertulis dalam masa yang telah ditetapkan maka Pihak Kedua berhak menawarkan penjualan pegangan ekuiti tersebut kepada pihak lain tanpa perlu memberi notis selanjutnya kepada Pihak Pertama.
c.)      Sekiranya penjualan pegangan ekuiti tersebut tidak mengikut peruntukan-peruntukan yang telah ditetapkan di Klausa 10.02 (a) dan (b) maka penjualan ekuiti tersebut adalah tidak sah.
ARTIKEL 11 
FORCE MAJEURE
11.01         Force Majeure
Sekiranya berlaku ‘Force Majeure’ yang menyebabkan mana-mana pihak di dalam Perjanjian Perkongsian ini tidak dapat menjalankan tanggungjawabnya seperti yang diperuntukkan di dalam Perjanjian Perkongsian ini, maka kegagalan dan/atau keingkaran tersebut adalah tidak boleh diambilkira sebagai perlanggaran kepada terma-terma, syarat-syarat dan peruntukan –peruntukan di dalam Perjanjian ini.
Definisi bagi ‘Force Majeure’ adalah seperti berikut:-
a.)                 berlakunya peperangan,penaklukan,perbuatan, kerosakan yang teruk oleh pihak-pihak pelampau, rusuhan, daruruat, serangan pengganas, kiamat dan sebagainya; dan /atau
b.)                 berlakunya pencemaran radioaktif samada daripada sumber nuklear atau sumber-sumber lain yang menyebabkan kehilangan nyawa yang banyak; dan /atau
c.)                  berlakunya gempa bumi, bsnjir besar, letupan gunung berapi dan sebagainya yang dikategorikan sebagai ‘Act of God’
ARTIKEL 12
KEPELBAGAIAN
12.01         Penyerahan tugas
 Kedua-dua pihak bersetuju bahawa tugas-tugas pengurusan akan hanya dibuat oleh Pihak Pertama dan Pihak Kedua sahaja melainkan jika kedua-dua pihak bersetuju untuk melantik orang ketiga bagi tugas-tugas pengurusan.
12.02         Cukai
Kedua-dua pihak bersetuju akan bersama membayar cukai yang mungkin dikenakan oleh Pihak Berkuasa diartas Perniagaan Tersebut.
12.03         Sulit dan Persendirian
Kedua-dua pihak bersetuju bahawa segala maklumat-maklumat berkaitan dengan Perniagaan Tersebut adalah sulit dan persendirian dan kedua-dua pihak berjanji tidak akan memaklumkan kepada sesiapapun samada yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung berkenaan dengan maklumat-maklumat Perniagaan Tersebut.
12.04         Undang-Undang
Pihak Pertama dan Pihak Kedua bersetuju bahawa dalam menjalankan tanggungjawab mereka terhadap Perjanjian Perkongsian tersebut mestilah mematuhi setiap undang-undang di Malaysia dan sekiranya ada pihak-pihak yang secara sengaja ataupun tidak sengaja melanggar undang-undang sehingga menyebabkan pihak yang satu lagi disaman maka pihak yang melanggar undang-undang tersebut mestilah mengindemnifikan pihak yang satu lagi terhadap saman tersebut.
12.05         Pemberian Milik
Kedua-dua pihak bersetuju bahawa Perjanjian Perkongsian ini tidak boleh dipindahmilik oleh mana-mana pihak yang terlibat di dalam Perjanjian Perkongsian ini kepada Pihak Ketiga.
12.06         Masa
Masa merupakan asset penting di dalam Perjanjian Perkongsian ini berhubung dengan segala terma-terma, syarat-syarat dan peruntukan-peruntukan di dalam Perjanjian ini.
12.07         Jadual dianggap Bahagian Penting Perjanjian Usahasama ini
Jadual-jadual yang dilampirkan di dalam Perjanjian Perkongsian ini hendaklah dianggap, dibaca dan ditafsirkan sebagai penting Perjanjian Perkongsian ini.
12.08         Notis
Apa-apa notis, permintaan atau tuntutan yang dikehendaki, disampaikan leh mana-mana pihak kepada Perjanjian Perkongsian ini hendaklah secara bertulis dan hendaklah disifatkan sebagai penyampaian yang mencukupi dan sempurna sekiranya dihantar oleh pihak itu atau peguamcaranya melalui surat pos berdaftar ke alamat pihak-pihak yang satu lagi itu seperti yang tersebut terdahulu di atas ini dan didalam hal demikian ianya hendaklah disifatkan telah menerimanya apabila menerima bukti serahan berdaftar tersebut atau dengan serahan tangan ke diri pihak-pihak dalam Perjanjian Perkongsian ini.
SEBAGAI MENYAKSIKAN PERJANJIAN INI pihak-pihak berkenaan menurunkan tandatangan masing-masing di sini pada haribulan dan tahun yang tertera dimuka surat pertama perjanjian ini.

Ditandatangani oleh Pihak Pertama                           }
dihadapan:-                                                                }Ah man bin Abu
                                                                                   }NO KP 000000-00-0000


Ditandatangani oleh Pihak Kedua                                }
dihadapan:-                                                                 }Subramaniam A/L ....
                                                                                     }NO KP: 000000-00-0000

Monday, February 16, 2015

blue machine alive again

dah lama rasanya peram kreta ni lepas piston ring problem aritu... 

jadi selepas buat enjin kita cat lh sikit y kureng tu....  rim pon nk tukar



moga hasilnya terbaik 

SHARE THIS

Related Posts with Thumbnails