Powered By Blogger

Sponsor

Sunday, July 8, 2018

KELEBIHAN SHOPEE

BERBANDING PLATFORM JUALAN YANG LAIN

Zaman sekarang ni, hampir semua orang memilih untuk membeli secara online. Bukan
apa, dengan hanya “browse” website Shopee atau app Shopee, anda dapat lakukan
jual beli dengan hanya klik dan lepak santai dirumah sahaja. Ada cara mudah, pasti kita
akan pilih cara mudah kan?













Tak perlu lagi untuk keluar rumah, start enjin kereta, pergi dari satu kedai ke satu kedai
untuk survey dan compare harga. Mudah kan dunia sekarang ni? Itu merupakan salah
satu daripada kelebihan yang ada pada Shopee.
Kalau nak cerita mengenai kelebihan Shopee ni, memang banyak. Tapi dalam banyak-
banyak kelebihan Shopee, ada satu yang memang akan buat semua orang rasa
macam.. “WOW! Serius la?”

Kelebihan ni memang berjaya buatkan Shopee menjadi platform online shopping yang
utama. Ia juga merupakan platform online shopping yang paling popular di Malaysia.
Tapi, sebelum kelebihan yang satu ini diceritakan, apa kata kalau anda lihat kelebihan
lain juga yang ada pada Shopee.

Shopee menawarkan berbagai produk pada harga yang sangat murah dan berpatutan.
Hampir apa sahaja produk yang anda inginkan dapat ditemui disini. Ia juga sangat
mudah buat pembeli dan penjual untuk melakukan transaksi kerana ia mempunyai
sistem yang sangat mesra pengguna dan selamat untuk kedua-dua belah pihak.
Kelebihan yang paling menarik adalah sistemnya langsung “tidak mesra scammer”.
Sistem macam mana tu? Di Shopee, ia sangat berbeza dengan platform lain dimana
jika anda melakukan pembayaran, Shopee akan “hold” dulu duit tersebut didalam
sistem. Duit hanya akan diberikan kepada penjual sebaik sahaja anda mengesahkan
penerimaan barang anda.

Selaku penjual juga, anda hanya akan menerima tempahan dan perlu melakukan
penghantaran hanya selepas anda menerima bayaran daripada pelanggan.
Kebiasaannya modus operandi scammer adalah, anda perlu membayar sejumlah wang
untuk lock barang terlebih dahulu dan barang yang ditawarkan adalah pada harga yang
sangat rendah. Akhirnya barang pun tak dapat dan wang anda pun lesap. Disebabkan
itulah Shopee telah menghasilkan sistem ini. Untuk mengelakkan scammer dari
menganiaya pembeli.

Dengan sistem ini jugalah telah menyebabkan ramai yang merasakan jual beli di
Shopee adalah lebih selamat berbanding dengan platform lain. Ia juga merupakan
diantara sebab utama yang mampu membuat ramai penjual dapat menjana jualan
sehingga RM1000 sehari.


No comments:

SHARE THIS

Related Posts with Thumbnails