sesaper ader empat untuk main game macam nie bgtau aku.....
confirm aku g buat lawatan tiap2 minggu kat umah korang
Sponsor
Friday, December 17, 2010
Wednesday, November 24, 2010
doktor celaka
SEMALAM BINI AKU G KAT KLINIK KESIHATAN PUTRAJAYA...... PASAL DIA MENGANDUNG 3 BULAN.... JADI PERLAKUAN BISA LAAA LAU SLALU MUAL2 DAN MUNTAH2... TAPI SMALAM TERUK BEB.... SAMPAI NAK BANGUN PON X LARAT... SIAP PENGSAN.. TAPI TU BUKAN CRITER PANAZ YAKU NK G TAU-------KORANG BAYANGKAN LA BINI AKU NIE SAKIT----- BOLEH KE DOKTOR TU JAWAB "KALU AWAK SAKIT SAYS NAK BUAT MCMMANER!!!!" SAMBIL HANTAM SAMA ITU MEJA KERAJAAN----- DENGAN NADA MARAH--- KALAU BINI AKU ADA SAKIT JANTUNG CONPOM PADAM----- PASTU MARAH DALAM BAHASSSSSSSA INDIA--- NATANG NIE ORANG MALASIA KER PENDER???? GUNA BAHASA KEBANGSAAN LA BODO..... DIBAWAH ADA BUKTI NAMA DOKTOR CELAKA NIE... LEPAS TU YANG LG NYAKITKAN ATI++++++ TIME NK KUAR KRTA PLAK KRTA BINATANG SANG KANCIL NIE BLOK+++++ PASTU BUAT LA PENGUMUMAN "KEPADA PEMIK KENDERAAN SEPERTI DIATAS SILS CAMPAKKAN KANCIL SEKOR NIE KE LAUT ATAU LETUPKAN AJER BIOR TINGGAL RANGKA++++ KERANA KANCIL Y ANDA TAMBAT MENGHALANG KERETA AKU BODOH!!!!!!" PASTU DIA DATANG DGN MUKA SELAMBA DAN TANYA AKU........ KNP BANG??? X BLH KUAR KER???? KO AGAK TU SOKLAN BENGONG KER SOKLAN SAJER2 NK BUAT PERAMAH
Monday, November 15, 2010
kena tukar kaunter
sekali kena tukar kaunter daaaa
penat pening... mungkin pertama kali kot...
nak paham sistem tu yang pedih ckit tu
biasa la buat file...
kerja kerja..... lalallalalaaaaaaaaaaaaa(JERIT)
penat pening... mungkin pertama kali kot...
nak paham sistem tu yang pedih ckit tu
biasa la buat file...
kerja kerja..... lalallalalaaaaaaaaaaaaa(JERIT)
Tuesday, November 9, 2010
seksi? atau seksa?
Adakah ini fesyen dunia zaman sekarang????
Pakai baju nipis yang mendedahkan tubuh badan???
Kalau mcm ini punya pakaian, baik jgn pakai baju.
Ataupun ini hanya satu imej dari photoshop??? Mgkn tidak, mgkn ya... siapa tahu... ANDA TAHU???!!!~
Pakai baju nipis yang mendedahkan tubuh badan???
Kalau mcm ini punya pakaian, baik jgn pakai baju.
Ataupun ini hanya satu imej dari photoshop??? Mgkn tidak, mgkn ya... siapa tahu... ANDA TAHU???!!!~
Sunday, November 7, 2010
UPGRADE TANDAS
TANDAS DESIGN TERKINI... LUAR MACAM SETINGGAN... DALAM CAM KONDO...
NTAH2... DALAM TU ADER PS2 LAGI... X PON JALAN MASUK BILIK BAWAH TANAH...
NTAH2... DALAM TU ADER PS2 LAGI... X PON JALAN MASUK BILIK BAWAH TANAH...
Wednesday, October 20, 2010
Wednesday, October 13, 2010
REAL Shin Chan
HAHAHA.... SAPER TIRU SAPER NIEH??? MESTI KARTUN YANG TIRU DAK NIE... KALAU PERANGAI SERUPA DENGAN WATAK KARTUN MEMANG PENAT LAAAAAA..........
KREDIT TO bom321.blogspoT
KREDIT TO bom321.blogspoT
Monday, October 4, 2010
Sunday, October 3, 2010
stail ekzos BLM
STAIL EKZOS MANER YANG SESUAI UNTUK EKZOS AKU???
KIRA BOLEH WAT MASUK DENGAN BUMBER BLAKANG BARU AKU LAA...
DIBAWAH ADALAH CONTOH2NYA... TAPI YANG GEN-2 TU NAMPAK LAWA... TAPI X NAK LAH GARANG SANGAT MACAM DIA TU....
KIRANYA AKU NAK BUAT DOUBLE EKZOS MACAM GAMBAR KAT BAWAH NIE LAAA..
XNK BISING MACAM EVO NAK MASUK TREK... PALING2 KURANG PON NAK BUNYIK MACAM EKZOS AKU SEKARANG... KALAU KUAT SANGAT X BOLEH NAK BERCAKAP DALAM KRETA...
SBB PROTON BLM NIE BESI BAWAH DIA NIPIS... KUAT BERGEMA...
KIRA BOLEH WAT MASUK DENGAN BUMBER BLAKANG BARU AKU LAA...
DIBAWAH ADALAH CONTOH2NYA... TAPI YANG GEN-2 TU NAMPAK LAWA... TAPI X NAK LAH GARANG SANGAT MACAM DIA TU....
KIRANYA AKU NAK BUAT DOUBLE EKZOS MACAM GAMBAR KAT BAWAH NIE LAAA..
XNK BISING MACAM EVO NAK MASUK TREK... PALING2 KURANG PON NAK BUNYIK MACAM EKZOS AKU SEKARANG... KALAU KUAT SANGAT X BOLEH NAK BERCAKAP DALAM KRETA...
SBB PROTON BLM NIE BESI BAWAH DIA NIPIS... KUAT BERGEMA...
kalau boleh lagi besar dari yang ini |
Monday, September 27, 2010
blm subaru
pandangan belakang |
pandangan hadapan |
pandangan belakang masa x pasang spoiler |
belum cat |
amacam?? |
x cat lagi belakang |
baru siap pasang |
Tuesday, September 21, 2010
update lepas raya
Monday, September 6, 2010
BALIK KAMPUNG
salam semua.... hari nie 7 september 2010...aku lama sket x update bulan poser nieh... sibok weh... smalam , hari nie dan esok dan lusa merupakan hari paling JEM dalam kalendar tahun 2010 nie.... kita semua terutamanya yang berumat islam akan balik kampung atau pulang ke kampung halaman untuk menyambut SYAWAL yang bakal tiba.... saya disini selaku tuan INIHILMI.BLOGSPOT.COM yang bernama MOHD HILMI BIN MOHD MOKHTAR dan berEmail di psyko_rick_y@yahoo.com sangat berbesar hati mengucapkan selamat pulang beraya ke kampung san maaf zahir... dan batin kalau ader... kepada semua kawan2 teman2, blogger2, semua je laaa... dan blog yang aku follow
1. -l a d y k i k i-
2. .Suka.Duka.Sepi.Hepi.
3. .the sense of me.
4. abe MIE terjah
5. AdukaTaruna
6. wajah baru....
7. Akrine Kuang
8. AKU & DUNIAKU
9. AKU dan DuNiA KiTA....
10. AMYZA AZNAN WOW!!!
11. Awra's Blog
12. Bersama Mazidul
13. Blog New Saga
14. Celoteh Ogy
15. Gambar Hantu
16. i j a u c o m e l
17. I'm A Mommy's Driver.
18. Ini bukan LUCAH! Ini Kenyataan!
19. intan izani
21. Jaifizah Punye Blog
22 . PAPA GOMO
23. Pulakdah!
24. r b f
25. style rookie
26. TIKAM LIDAH
27. WMF Syakirin's
28. ZED ZAIDI DARE TO DREAM!!
29. wHat'S nEw.......?????
30. VeniN styLES
yang semalam jadikan pengalaman... hari ini mengukir sejarah.... yang esok adalah persoalan RENUNG2KAN... HEHEHE
pening kepala aku....
Sunday, August 29, 2010
Monday, August 23, 2010
1 Tradezone
wahai sekalian kaki jualan online semua, website mudah.my rasanya semua orang tahu tu website apa. Web nurkilan hasil daripada warga Singapore yang kini rasanya dah popular habis satu Malaysia ni. dan jangan x percaya mungkin masih ramai lagi yang tak tahu yang website mudah.my nie sebenarnya adalah hasil tangan singaporian Jadi mana air tangan orang Malaysia sendiri? Baru ada persaingan dengan warga bijak Singapore kan kan kan? jadi selepas terbaca artikel kat Oh!tidak.com nak cuba memperkenalkan satu website by Malaysian yang diberinama 1 Tradezone Malaysia Online Marketplace.
kewujudan dia sama je macam mudah.my. Tempat nak jual beli barang dan website 1 Tradezone ini masih baru dan terpulang pada kita warga malaysia sendiri nak memberi sokongan untuk produk-produk berkualiti yang lahir dari kemahiran tempatan.
Menurut tuan website tersebut, nama 1 Tradezone digunakan bagi menyahut seruan 1 Malaysia dari Perdana Menteri kita. Oh ya, senang cerita antara servis yang ada kat website tersebut, melayakkan untuk mereka bersaing secara sihat dengan mudah.my yang memonopoli market tempatan di Malaysia. Selain segalanya seakan sama dengan Mudah.My, mereka ada kelebihan ini.. dan lebih cantik
1. Zoom Picture
- Membolehkan sebarang produk yang dijual, di zoom untuk melihatnya pada gambaran yang lebih besar,
2. Web Design
- Selain untuk memberikan servis terbaik, tema dan design juga haruslah menarik dan tidak membosankan. So faktor ini ada pada 1tradezone.
kewujudan dia sama je macam mudah.my. Tempat nak jual beli barang dan website 1 Tradezone ini masih baru dan terpulang pada kita warga malaysia sendiri nak memberi sokongan untuk produk-produk berkualiti yang lahir dari kemahiran tempatan.
Menurut tuan website tersebut, nama 1 Tradezone digunakan bagi menyahut seruan 1 Malaysia dari Perdana Menteri kita. Oh ya, senang cerita antara servis yang ada kat website tersebut, melayakkan untuk mereka bersaing secara sihat dengan mudah.my yang memonopoli market tempatan di Malaysia. Selain segalanya seakan sama dengan Mudah.My, mereka ada kelebihan ini.. dan lebih cantik
1. Zoom Picture
- Membolehkan sebarang produk yang dijual, di zoom untuk melihatnya pada gambaran yang lebih besar,
2. Web Design
- Selain untuk memberikan servis terbaik, tema dan design juga haruslah menarik dan tidak membosankan. So faktor ini ada pada 1tradezone.
LESEN L
huh.... besar gedabak lesen L dia....
nieh musti mengamuk pasal kena saman x pakai stiker L atau pakai kecik sangat..
haaaaaaaaaaaa..
wahai sekalian pak POL** dan pak JP*.......
kalau kena saman gak pasal L..... x tau ler...
nieh musti mengamuk pasal kena saman x pakai stiker L atau pakai kecik sangat..
haaaaaaaaaaaa..
wahai sekalian pak POL** dan pak JP*.......
kalau kena saman gak pasal L..... x tau ler...
Sunday, August 22, 2010
UMNO TERUS MAJU
UMNO TERUS MAJU......
AKAK X TIDO KE SMALAM KAK??? CIAN... MENGUAP SAMPAI NAK KOYAK MULUT....
LEPAS NIEH BALIK TIDO YER KAK WEH!!
AKAK X TIDO KE SMALAM KAK??? CIAN... MENGUAP SAMPAI NAK KOYAK MULUT....
LEPAS NIEH BALIK TIDO YER KAK WEH!!
10 GANGGUAN SYAITAN DALAM SOLAT
1. BERASA WAS2 KETIKA MELAKUKAN TAKBIRATUL IHRAM.
Saat membaca takbiratul ihram 'ALLAHU AKBAR', seseorang akan berasa ragu2 apakah takbir yang dilakukannya itu sah atau pun tidak dan sehinggalah dia mengulanginya sekali lagi dan perasaan itu akan berterusan kadang2 sampai imam hampir rukuk.
Ibnu Qayyim berkata, 'termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was2 dalam bersuci (wuduk) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat'.
2. TIDAK MEMBERI TUMPUAN KETIKA MEMBACA BACAAN DALAM SOLAT.
Sahabat Rasulullah SAW, Uthman bin Abil'Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, 'wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah, Rasulullah menjawab 'itulah syaitan yang disebut dengan khinzib, apabila kamu berasakan kehadirannya, ludahlah 3 kali ke kiri dan berlindunglah kepada ALLAH SWT, aku pun melakukan hal itu dan ALLAH SWT menghilangkan gangguan itu daripadaku' (Hadis Riwayat Muslim).
3. LUPA JUMLAH RAKAAT YANG DIKERJAKAN.
Abu Hurairah r.a berkata, 'Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, 'Jika seorang daripada kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggoda sehingga mereka tidak tahu berapa rakaat yang dikerjakan, apabila seorang daripada kalian mengalami hal itu, hendaklah sujud 2 kali (sujud sahwi) saat dia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam'. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
4. HADIRNYA FIKIRAN YANG MEMALINGKAN TUMPUAN.
Abu Hurairah berkata, 'Rasulullah bersabda yang bermaksud, 'Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan, apabila muazin selesai azan, ia akan kembali lagi dan jika iqamat dikumandangkan ia berlari, apabila selesai iqamat, ia akan kembali lagi, ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata, 'ingatlah apa yang kamu tadi tidak ingat!' sehingga orang itu tadi tidak tahu berapa rakaat dia solat'. (Hadis Riwayat Bukhari).
5. TERGESA-GESA MENYELESAIKAN SOLAT.
Ibnu Qayyim berkata, 'sesungguhnya tergesa-gesa itu datang dari syaitan kerana tergesa-gesa itu adalah sifat gelabah yang menghalangi seseorang berhati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu ditempatnya, tidak ada ketenangan atau thuma'ninah, pada zaman Rasulullah, ada orang solat dengan tergesa-gesa akhirnya Rasulullah memerintahkannya mengulanginya kerana solat yang dikerjakannya belum sah.
'Rasulullah bersabda kepadanya, 'apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram), lalu bacalah daripada Al-Quran yang mudah bagimu lalu rukuklah sampai kamu benar2 rukuk lalu bangkitlah daripada rukuk sampailah kamu berdiri tegak'.
'Kemudian sujudlah sampai kamu benar2 sujud dan lakukanlah hali itu dalam setiap rakaat solatmu'. (Riwayat Bukhari dan Muslim).
6. MELAKUKAN GERAKAN TIDAK PERLU.
Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud, dia membolak balikkannya, melihat hal itu, Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat, 'jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan itu asalnya daripada syaitan, tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan oleh Rasulullah.. Orang itu bertanya, 'apa yang dilakukan olehnya?', kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya di atas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud, 'demikianlah saya melihat apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW, kata Ibnu Umar. (Hadis Riwayat Tirmidzi).
7. MELIHAT KE KIRI ATAU KE KANAN KETIKA SOLAT.
Sedar atau tidak, jika seseorang itu melihat ke kiri atau kanan, itu akibat godaan syaitan yang menggoda, kerana itu, selepas takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik iaitu tempat sujud sehingga perhatian kita menjadi fokus.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Aisyah, beliau berkata, 'saya bertanya kepada Rasulullah hukum melihat ketika solat, Rasulullah menjawab,'itu adalah curian syaitan dalam solat seorang hamba'. (Hadis Riwayat Bukhari).
8. MENGUAP DAN MENGANTUK.
Rasulullah bersabda, 'menguap ketika solat itu syaitan, kerana itu apabila kamu ingin menguap, tahanlah'. (Hadis Riwayat Thabrani).
Dalam riwayat lain, Rasulullah bersabda, 'ada pun menguap itu datangnya daripada syaitan, hendaklah seseorang mencegahnya (menahan) selagi boleh, apabila dia berkata HA... bererti syaitan tertawa dalam mulutnya'. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
9. BERSIN BERULANG KALI KETIKA SOLAT.
Syaitan ingin mengganggu ketika solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas'ud, 'menguap dan bersin ketika dalam solat itu daripada syaitan'. (Riwayat Thabrani).
Ibnu Mas'ud berkata, 'bersin yang tidak disenangi ALLAH adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar itu tetap disenangi ALLAH'. Hal itu tidak lain kerana syaitan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan pelbagai cara.
10. TERASA INGIN BUANG ANGIN ATAU AIR.
Rasulullah bersabda, 'apabila seseorang daripada kalian bimbang apa yang dirasakan diperutnya apakah keluar sesuatu daripadanya atau pun tidak, janganlah sesekali dia keluar dari masjid sampai dia yakin mendengar suara (keluar angin) atau mencium baunya'. (Hadis Riwayat Muslim).
Berbahagialah orang Muslim yang selama ini terbebas daripada pelbagai macam gangguan syaitan dalam solat mereka, semoga kita semua dibebaskan ALLAH SWT daripada gangguan berkenaan dan bagi yang merasakan keseluruhannya, jangan putus asa untuk berjihad melawan syaitan terkutuk.
Saturday, August 21, 2010
Kelebihan SEDEKAH
Dari Abu Hurairah r.a, Bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda : 'Apabila mati anak adam maka terputuslah amalannya kecuali tiga, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakannya untuknya.' (H/R. Bukhari).
'Sesiapa yang sanggup di antara kamu menjaga dirinya daripada api neraka hendaklah ia bersedekah walau hanya dengan sebiji kurma dan sesiapa yang tidak mempunyai apa-apa hendaklah ia mengucapkan perkataan yang baik.' (H/R. Ahmad dan Muslim)
Allah SWT berfirman, 'Perumpamaan orang-orang yang menayedekahkan harta mereka pada jalan Allah adalah seumpama sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai seratus biji. Allah SWT melipat gandakan bagi siapa yang disukainya dan Allah SWT Maha luas kurniaNya dan lagi Maha mengetahui. " .
{Al Baqarah (2) : 261} Sedekah mempunyai kelebihan yang amat banyak, di antaranya adalah seperti berikut: " Menggandakan kebaikan, ganjaran yang besar, menolak bala, meredakan kemurkaan Allah SWT, menyelamatkan diri dari api neraka, memanjangkan umur, melembutkan hati, melenyapkan perasaan takbur & angkuh dan akhirnya menerima ganjaran amalan yang berkekalan dan berterusan "
'Sesiapa yang sanggup di antara kamu menjaga dirinya daripada api neraka hendaklah ia bersedekah walau hanya dengan sebiji kurma dan sesiapa yang tidak mempunyai apa-apa hendaklah ia mengucapkan perkataan yang baik.' (H/R. Ahmad dan Muslim)
Allah SWT berfirman, 'Perumpamaan orang-orang yang menayedekahkan harta mereka pada jalan Allah adalah seumpama sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai seratus biji. Allah SWT melipat gandakan bagi siapa yang disukainya dan Allah SWT Maha luas kurniaNya dan lagi Maha mengetahui. " .
{Al Baqarah (2) : 261} Sedekah mempunyai kelebihan yang amat banyak, di antaranya adalah seperti berikut: " Menggandakan kebaikan, ganjaran yang besar, menolak bala, meredakan kemurkaan Allah SWT, menyelamatkan diri dari api neraka, memanjangkan umur, melembutkan hati, melenyapkan perasaan takbur & angkuh dan akhirnya menerima ganjaran amalan yang berkekalan dan berterusan "
Sebahagian ulama berkata : Sedekah itu 10 kepujian - lima di dunia dan lima di akhirat.
- 1. Mencucikan hartanya
- 2. Mencucikan badannya
- 3. Menolak daripada penyakit
- 4. Menggembirakan orang miskin dan menggembirakan orang mukmin adalah semulia-mulia amal
- 5. Berkat hartanya dan diluaskan Allah rezekinya
- 1. Dinaungkan Allah SWT orang yang bersedekah di hari qiamat ketika sangat panas
- 2. Ringan hisabnya
- 3. Berat timbangan (amalan) di akhirat
- 4. Mudah melalui titian siratulmustaqim
- 5. Bertambah darjatnya di dalam syurga
Kelebihan Surah2 AL-QURAN
Dalam Quran ada 114 surah, setiap surah mempunyai takwil tertentu dan di bawah ini disebutkan takwil setiap surah secara tertib:
- Al-Fatihah: Dibukakan baginya pintu-pintu kebaikan dan ditutup pintu keburukan.
- Al-Baqarah: Panjang umurnya dan baik agamanya.
- Ali Imran: Bersih diri dan bersih jiwanya serta sanggup menghujah pihak-pihak yang batil.
- An-Nisa': Menjadi pembagi-bagi harta warisan, mewarisi wanita dan mewariskan harta kerana umurnya yang panjang.
- Al-Ma'idah: Tinggi darjatnya,kuat keyakinannya dan baik kewarakannya.
- Al-An'am: Banyak binatang peliharaannya dan dia menjadi pemurah.
- Al-A'raf: Tidak akan keluar dari dunia sebelum dia menginjak bukit Turisina.
- Al-Anfal: Menang melawan musuh dan dia mendapat harta ghanimah.
- At-Taubah: Hidup terpuji di tengah-tengah masyarakat dan mati dalam keadaan bertaubat.
- Yunus: Bagus ibadatnya dan man daripada tipudaya serta ilmu sihir.
- Hud: Berhasil tanam-tanamannya dan berkembang binatang ternaknya.
- Yusuf: Pada mulanya dia dianiaya orang tetapi kemudian pergi merantau dan berhasil di perantauan.
- Al-Ra'du Ibrahim: Menghafaz banyak doa dan cepat beruban. Bagus agama dan urusannnya di sisi Allah.
- Al-Hijr: Terpuji di sisi Allah SWT dan di sisi manusia.
- An-Nahl: Diberikan ilmu dan kalau dia sedang sakit bererti dia akan sembuh.
- Bani Israil: Mulia di sisi Allah SWT dan menang melawan musuh-musuhnya.
- Al-Kahfi: Tercapai cita-citanya dan panjang umurnya sehingga dia bosan hidup dan rindu akan mati.
- Maryam: Menghidupkan sunah para nabi, dituduh dan dihinakan tetapi akhirnya terbukti kesuciannya.
- Taha: Kebal dari khianat tukang-tukang sihir.
- Al-Anbiya': Mendapat kemudahaan dan kebahagiaan setelah menghadapi pelbagai kesusahan dan mendapat ilmu dan khusyuk.
- Al-Haj: Dapat mengerjakan haji berulang-ulang insya-Allah.
- Al-Mukminun: Kuat imannya dan mati dalam iman.
- An-Nur: Allah SWT menerangi hati dan kuburnya.
- An-Furqan: Menjadi pemisah antara yang hak dan batil.
- As-Syu'ara: Allah SWT melindunginya dari kejahatan.
- An-Naml: Diberikan kerajaan atau kekuasaan.
- Al-Qasas: Diberikan perbendaharaan yang halal.
- Al-Ankabut: Dia dalam penjagaan Allah SWT sehingga matinya.
- Ar-Rum: Allah SWT memberikan kekuatan kepadanya untuk menakluki negeri kaum musyrikin ramai umat yang mendapat pertunjuk di tangannya.
- Luqman: Diberikan hikmah.
- As-Sajdah: Mati di atas sejadahnya dan menjadi orang yang berjaya di sisi Allah SWT.
- Al-Ahzab: Menjadi kelompok orang bertakwa dan pengikut kebenaran.
- Saba': Zuhud di dunia dan suka beruzlah (mengasingkan diri dari masyarakat yang banyak mengerjakan dosa).
- Fatir: Allah SWT membukakan pintu-pintu nikmat kepadanya.
- Yasin: Dijadikan sebagai pencinta pengikut Rasulullah SAW.
- As-Saffat: Mendapat anak yang taat dan mempunyai keyakinan.
- Sad: Pandai bertukang dan banyak hartanya.
- Al-Zumar: Bersih agamanya dan baik akhir hayatnya.
- Al-Mukmin: Diangkat darjatnya di dunia dan akhirat dan mengalir kebaikan-kebaikan melalui tangannya.
- Hamim As-Sajdah: Menjadi penyeru kepada yang hak dan ramai yang mencintainya.
- Hamim Ain Sin Qaf: Panjang umurnya.
- Al-Zukhruf: Jujur dalam percakapannya.
- Al-Dhukan: Diberikan kekayaan.
- Al-Jasiah: Menjadi khusyuk dan takut kepada Allah SWT.
- Al-Ahqaf: Melihat perkara-perkara ajaib di dunia.
- Muhammad: Menjadi baik sirah (perjalanan hidupnya).
- Al-Fath: Diberi taufik untuk berjihad.
- Al-Hujurat: Allah SWT merahmatinya.
- Qaf: Dimurahkan rezekinya.
- Al-Zariat: Menjadi tanam-tanamnya.
- Al-Tur: Bererti dia sudah dekat dengan Makkah Al-Mukarramah.
- An-Najm: Mendapat anak yang cantik dan terpandang.
- Al-Qamar: Kebal daripada ilmu-ilmu sihir.
- Ar-Rahman: Mendapat nikmat di dunia dan mendapat rahmat di akhirat.
- Al-Waqi'ah: Bersegera kepada taat.
- Al-Hadid: Sihat badan dan dipuji orang.
- Al-Mujadalah: Membantah pihak-pihak yang batil serta sanggup memberikan hujah-hujah bernas.
- Al-Hasyar: Dia mengancurkan musuh-musuhnya.
- Al-Mumtahanah: Mendapat rintangan dan cubaan tetapi diberi ganjaran.
- As-Saff: Ingin mati syahid.
- Al-Jum'at: Allah SWT mengumpulkan pelbagai kebaikan baginya.
- Al-Munafiqun: Lepas daripada kemunafikan.
- At-Taghabun: Tetap di atas petunjuk.
- At-Talaq: Terjadinya pertengkaran antara suami dan isteri dan terkadang sampai kepada perceraian.
- Al-Mulk: Besar kerajaannya.
- Nun al-Qalam: Diberi kefasihan dan pandai menulis.
- Al-Haqqah: Dia berdiri di atas hak.
- Al-Ma'arij: Berada dalam keadaan aman di ditolong.
- Nuh: Menjadi penyeru kepada kebaikan dan pencegah dari yang mungkar serta mengalahkan musuh-musuhnya.
- Al-Jin: Terpelihara dari gangguan syaitan.
- Al-Muzammil: Diberi taufik untuk mengerjakan solat tahjud.
- Al-Mudassir: Baiklah tempat tidurnya dan dia menjadi orang sabar.
- Al-Qimayah: Tidak mahu bersumpah untuk selama-lamanya.
- Al-Insan: Menjadi orang yang pemurah, bersyukur dan baik penghidupannya.
- Al-Mursalat: Diluaskan rezekinya.
- 'Amma Yatussalun: Menjadi mulia dan masyur kemuliaannya.
- An-Nazi'at: Dicabut kesusahan dan sifat khianat dari hatinya.
- 'Abasa: Dia memberikan zakat dan sedekah.
- Al-Takwir: Banyak melancong dan banyak mendapat keuntungan.
- Al-Infitar: Dekat kepadanya raja-raja dan pembesar serta mereka menghormatinya.
- Al-Mutaffifin: Allah SWT memberikan sifat amanah kepadanya, sifat adil dan menyempurnakan janji.
- Al-Insyiqaq: Ramai anak dan keturunannya.
- Al-Buruj: Lepas dari dukacita dan mendapat ilmu. Ada yang mengatakan ilmu yang dimaksud ialah ilmu nujum.
- At-Tariq: Diberi taufik untuk banyak bertasbih.
- Al-A'la: Mudah segala urusannya.
- Al-Ghasiyah: Naik pangkat atau martabatnya.
- Al-Fajr: Diberi pakaian yang cantik-cantik.
- Al-Balad: Allah SWT memberikan taufik kepadanya sehingga dia suka membei makan kepada orang lain, memuliakan anak yatim dan menyayangi orang-orang daif.
- As-Syams: Diberikan kepintaran, kecerdikan dan kefahaman.
- Al-Lail: Diberi taufik untuk qiyamullail dan terpelihara daripada terbongkarnya rahsianya.
- Ad-Dhuha: Dia memuliakan orang-orang miskin dan anak yatim.
- Al-Alaq: Dijadikan atau menjadi orang yang tawaduk, fasih dan cantik tulisannya.
- Al-Qadar: Panjang umur serta tinggi martabatnya.
- Al-Bayyinah: Dengan izin Allah, mendapat pertunjuk di tangannya kaum yang zalim.
- Al-Zalzalah: Allah mengoncongkan dengannya tumit orang-orang kafir.
- Al-'Adiyat: Mendapat kuda.
- Al-Qariah: Menjadi mulia kerana bertakwah dan banyak beribadah.
- At-Takasur: Menjadi zuhud dan tidak menumpuk harta.
- Al-Asr: Dijadikan orang yang sabar dan mentaati kebenaran. Dan juga dia rugi dalam perniagaan tetapi akhirnya mendapat keuntungan yang banyak.
- Al-Humazah: Dia mengumpul harta yang banyak yang bermanfaat baginya untuk amal-amal kebajikan.
- Al-Fil: Ditolong untuk menentang musuh-musuhnya dan di tangannnya Islam dapat menakluki kawasan musuhnya.
- Al-Quraisy: Dia memberi makan orang-orang miskin dan terjadi hubungan erat di antaranya dan hamba Allah yang lain.
- Al-Ma'un: Berjaya mengalahkan orang-orang yang menentangnya.
- Al-Kausar: Banyak kebaikannya di dua negeri.
- Al-Kafirin: Diberi taufik untuk menentang orang-orang kafir.
- An-Nasr: Allah SWT menolongnya untuk melawan musuh-musuhnya. Bermimpi membaca surat Al-Nasr juga menandakan dekatnya ajal orang yang bermimpi itu kerana ini merupakan surah pemberitahuan Rasulullah SAW akan dekatnya ajalnya.
- Al-Lahab: Sebahagian orang munafik memusuhinya tetapi akhirnya dikalahkan oleh Allah SWT.
- Al-Ikhlas: Mendapat kesenangan, mulia dan terpelihara akidahnya. Menurut satu pendapat sikit keluarganya, tetapi senang hidupnya. Ada yang mengatakan bermimpi membaca surah ini menunjukkan dekatnya ajalnya.
- Al-Falaq: Allah SWT memeliharanya daripada kejahatan manusia dan jin, daripada gangguan binatang dan dengki manusia.
- Al-Nas: Selamat daripada gangguan syaitan dan tenteranya.
Friday, August 20, 2010
Hikmah AYAT KURSI
Dalam sebuah hadis ada menyebut tentang seekor syaitan yang duduk diatas pintu rumah yang mana tugasnya untuk menanam keraguan dihati suami terhadap kesetiaan isteri dirumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah dan sebab itulah Rasulullah SAW tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya kerana disaat itu, syaitan akan lari bersama dengan salam itu.
Hikmah Ayat Al-Kursi mengikut hadis2 ;
Hikmah Ayat Al-Kursi mengikut hadis2 ;
- Barang siapa membaca Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, ALLAH SWT mewakilkan 2 malaikat memeliharanya sehingga subuh.
- Barang siapa membaca Al-Kursi di akhir setiap sembahyang fardhu, dia akan berada di dalam lindungan ALLAH SWT sehingga sembahyang yang berikutnya.
- Barang siapa membaca Al-Kursi di akhir setiap sembahyangnya, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, ALLAH SWT akan memelihara rumahnya dan rumah2 disekitarnya.
- Barang siapa membaca Al-Kursi di akhir solat fardhu, ALLAH SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2 serta ALLAH SWT melimpahkan rahmatNYA kepadanya.
- Barang siapa membaca Al-Kursi sebelum hendak keluar rumahnya, maka ALLAH SWT mengutuskan 70,000 malaikat kepadanya dan mereka semua memohon keampunan dan mendoakannya.
- Barang siapa yang membaca Al-Kursi di akhir sembahyangnya, ALLAH SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi ALLAH sehingga mati syahid.
- Barang siapa yang membaca Al-Kursi ketika dalam kesempitan, nescaya ALLAH SWT berkenan memberi pertolonganNYA kepadanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)