Powered By Blogger

Sponsor

Saturday, August 21, 2010

Kelebihan SEDEKAH

Dari Abu Hurairah r.a, Bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda : 'Apabila mati anak adam maka terputuslah amalannya kecuali tiga, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakannya untuknya.' (H/R. Bukhari).
'Sesiapa yang sanggup di antara kamu menjaga dirinya daripada api neraka hendaklah ia bersedekah walau hanya dengan sebiji kurma dan sesiapa yang tidak mempunyai apa-apa hendaklah ia mengucapkan perkataan yang baik.' (H/R. Ahmad dan Muslim)
Allah SWT berfirman, 'Perumpamaan orang-orang yang menayedekahkan harta mereka pada jalan Allah adalah seumpama sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai seratus biji. Allah SWT melipat gandakan bagi siapa yang disukainya dan Allah SWT Maha luas kurniaNya dan lagi Maha mengetahui. " .
{Al Baqarah (2) : 261} Sedekah mempunyai kelebihan yang amat banyak, di antaranya adalah seperti berikut: " Menggandakan kebaikan, ganjaran yang besar, menolak bala, meredakan kemurkaan Allah SWT, menyelamatkan diri dari api neraka, memanjangkan umur, melembutkan hati, melenyapkan perasaan takbur & angkuh dan akhirnya menerima ganjaran amalan yang berkekalan dan berterusan "

Sebahagian ulama berkata : Sedekah itu 10 kepujian - lima di dunia dan lima di akhirat.

  • 1. Mencucikan hartanya
  • 2. Mencucikan badannya
  • 3. Menolak daripada penyakit
  • 4. Menggembirakan orang miskin dan menggembirakan orang mukmin adalah semulia-mulia amal
  • 5. Berkat hartanya dan diluaskan Allah rezekinya


  • 1. Dinaungkan Allah SWT orang yang bersedekah di hari qiamat ketika sangat panas
  • 2. Ringan hisabnya
  • 3. Berat timbangan (amalan) di akhirat
  • 4. Mudah melalui titian siratulmustaqim
  • 5. Bertambah darjatnya di dalam syurga

1 comment:

mohamadSaleh said...

bala tidak akan mendahului sedekah... maksudnya orang yg bersedekah akan dijauhkan daripada bala

SHARE THIS

Related Posts with Thumbnails