Masyarakat hari ini sudah ramai mengambil peluang untuk meningkatkan taraf hidup mereka dengan melakukan pekerjaan sampingan selain bekerja makan gaji. Antara contoh pekerjaan sampingan yang dilakukan seperti melibatkan diri dalam dunia pelaburan, menjalankan perniagaan secara jualan langsung terutamanya produk-produk kesihatan,kecantikan,aksesori kereta,makanan serta minuman dan bermacam-macam lagi.Walaubagaimana pun, kehidupan masyarakat hari ini bak kata pepatah melayu "kais pagi makan pagi,kais petang makan petang"untuk menyara keluarga tercinta.
Namun begitu, ada juga sesetengah individu berpendapat bahawa, kesusahan untuk mencari kerja di Malaysia bergantung kepada diri sendiri serta terdapat firma-firma atau agensi agensi badan berkanun atau bukan badan berkanun memilih pekerja yang berpengalaman dalam sesuatu bidang yang diinginkan dari memilih graduan yang baru tamat pengajian. Antara impak perkara ini terjadi disebabkan kemahiran yang diperlukan tidak sama seperti yang dinginkan, permintaan gaji yang tinggi berbanding dengan kemahiran yang ada, tiada kepakaran dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan bermacam-macam alasan yang dikeluarkan oleh pihak tertentu.Masalah ini yang sering dikaitkan dengan punca graduan yang sudah tamat pengajian tiada pekerjaan yang tetap.
Selain itu, kebanyakan masyarakat hari ini berlumba-lumba untuk menceburi dunia perniagaan tanpa menghiraukan jenis perniagaan yang diceburi tidak kira halal atau haram menjanjikan rezeki kepada mereka.walhal, terjadila pertambahan perniagaan di Malaysia ibarat "cendawan tumbuh selepas hujan".Oleh itu, wujudlah perkara yang tidak diingini iaitu persaingan dalam dunia perniagaan, ada yang mendapat rezeki yang bertambah ada yang cukup makan sahaja, kesusahan ini yang dialami oleh sesetengah inividu masakini.
Oleh yang demikian, dari segi konsep "investment" atau lebih dikenali sebagai pelaburan juga sangat hebat diperkatakan oleh sesetengah pihak bahawa pelaburan juga menjanjikan satu peluang untuk mendapatkan duit serta membantu meningkatkan taraf hidup mereka.Dalam menceburi bidang pelaburan seperti bursa saham, pelaburan menternak ikan air tawar dan pelbagai teknik atau bidang pelaburan yang terdapat di Malaysia yang mampu menjamin pendapatan yang tetap dalam kuantiti yang memuaskan memandangkan ekonomi kini yang sering dilanda krisis malah banyak syarikat-syarikat kini yang sedang mengurangkan kos dan salah satu caranya ialah mengurangkan pekerja.
Kadang-kala mungkin kita sebagai seseorang yang mencari kerja perlu juga berfikir bagi pihak majikan tentang Berapa lama dan berapa kuat perlu majikan bekerja, untuk menarik pekerja baru?adakah pekerja baru itu boleh mendokong tanggungjawab sebagai seorang pekerja yang bagus dan berdedikasi?
Apabila setiap kekosongan jawatan mempunyai lebih banyak pemohon dan cenderung untuk tidak kekal terbuka selagi.disini kita boleh melihat dari segi peluang, kenapa ramai rakyat malaysia terutamanya masih memilih pekerjaan malah kekosongan pekerjaann menjidi tipis kerana kebanjiran warga asing yang sedia bekerja dalam apa jua bidang dengan tidak mengira jawatan, gaji, kemudahan dan sebagainya merupakan salah satu bonus kepada majikan, jika anda sebagai majikan dimana yang anda akan pilih?
Kadar pengangguran yang masih tinggi dan pengisian jawatan tenaga buruh ke bawah masih diperlukan, namun konsep memilih kerja yang disemai dari cita-cita ketika alam persekolahan menjadi kekangan untuk mengisi kekosongan kerja.
Sesetengah Majikan juga tidak bersedia untuk menyediakan tempoh jawatan kekal malah lebih kepada membuka tempoh kerja yang singkat seperti 6 bulan kontrak dan pengambilan kerja separuh masa(PART TIME)seperti di www.maukerja.my/part-time-jobs/(klik sini)dimana menawarkan masa kerja yang flexible dan pelbagai lagi kemudahan
pilihan ditangan anda.
No comments:
Post a Comment