Sponsor

Sunday, August 22, 2010

10 GANGGUAN SYAITAN DALAM SOLAT


1. BERASA WAS2 KETIKA MELAKUKAN TAKBIRATUL IHRAM.
Saat membaca takbiratul ihram 'ALLAHU AKBAR', seseorang akan berasa ragu2 apakah takbir yang dilakukannya itu sah atau pun tidak dan sehinggalah dia mengulanginya sekali lagi dan perasaan itu akan berterusan kadang2 sampai imam hampir rukuk.

Ibnu Qayyim berkata, 'termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was2 dalam bersuci (wuduk) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat'.

2. TIDAK MEMBERI TUMPUAN KETIKA MEMBACA BACAAN DALAM SOLAT.

Sahabat Rasulullah SAW, Uthman bin Abil'Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, 'wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah, Rasulullah menjawab 'itulah syaitan yang disebut dengan khinzib, apabila kamu berasakan kehadirannya, ludahlah 3 kali ke kiri dan berlindunglah kepada ALLAH SWT, aku pun melakukan hal itu dan ALLAH SWT menghilangkan gangguan itu daripadaku' (Hadis Riwayat Muslim).

3. LUPA JUMLAH RAKAAT YANG DIKERJAKAN.

Abu Hurairah r.a berkata, 'Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, 'Jika seorang daripada kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggoda sehingga mereka tidak tahu berapa rakaat yang dikerjakan, apabila seorang daripada kalian mengalami hal itu, hendaklah sujud 2 kali (sujud sahwi) saat dia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam'. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

 

4. HADIRNYA FIKIRAN YANG MEMALINGKAN TUMPUAN.

Abu Hurairah berkata, 'Rasulullah bersabda yang bermaksud, 'Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan, apabila muazin selesai azan, ia akan kembali lagi dan jika iqamat dikumandangkan ia berlari, apabila selesai iqamat, ia akan kembali lagi, ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata, 'ingatlah apa yang kamu tadi tidak ingat!' sehingga orang itu tadi tidak tahu berapa rakaat dia solat'. (Hadis Riwayat Bukhari).

 

5. TERGESA-GESA MENYELESAIKAN SOLAT.

Ibnu Qayyim berkata, 'sesungguhnya tergesa-gesa itu datang dari syaitan kerana tergesa-gesa itu adalah sifat gelabah yang menghalangi seseorang berhati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu ditempatnya, tidak ada ketenangan atau thuma'ninah, pada zaman Rasulullah, ada orang solat dengan tergesa-gesa akhirnya Rasulullah memerintahkannya mengulanginya kerana solat yang dikerjakannya belum sah.

'Rasulullah bersabda kepadanya, 'apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram), lalu bacalah daripada Al-Quran yang mudah bagimu lalu rukuklah sampai kamu benar2 rukuk lalu bangkitlah daripada rukuk sampailah kamu berdiri tegak'.

'Kemudian sujudlah sampai kamu benar2 sujud dan lakukanlah hali itu dalam setiap rakaat solatmu'. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

6. MELAKUKAN GERAKAN TIDAK PERLU.

Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud, dia membolak balikkannya, melihat hal itu, Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat, 'jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan itu asalnya daripada syaitan, tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan oleh Rasulullah.. Orang itu bertanya, 'apa yang dilakukan olehnya?', kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya di atas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud, 'demikianlah saya melihat apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW, kata Ibnu Umar. (Hadis Riwayat Tirmidzi).

7. MELIHAT KE KIRI ATAU KE KANAN KETIKA SOLAT.

Sedar atau tidak, jika seseorang itu melihat ke kiri atau kanan, itu akibat godaan syaitan yang menggoda, kerana itu, selepas takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik iaitu tempat sujud sehingga perhatian kita menjadi fokus.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Aisyah, beliau berkata, 'saya bertanya kepada Rasulullah hukum melihat ketika solat, Rasulullah menjawab,'itu adalah curian syaitan dalam solat seorang hamba'. (Hadis Riwayat Bukhari).

8. MENGUAP DAN MENGANTUK.

Rasulullah bersabda, 'menguap ketika solat itu syaitan, kerana itu apabila kamu ingin menguap, tahanlah'. (Hadis Riwayat Thabrani).

Dalam riwayat lain, Rasulullah bersabda, 'ada pun menguap itu datangnya daripada syaitan, hendaklah seseorang mencegahnya (menahan) selagi boleh, apabila dia berkata HA... bererti syaitan tertawa dalam mulutnya'. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

9. BERSIN BERULANG KALI KETIKA SOLAT.

Syaitan ingin mengganggu ketika solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas'ud, 'menguap dan bersin ketika dalam solat itu daripada syaitan'. (Riwayat Thabrani).

Ibnu Mas'ud berkata, 'bersin yang tidak disenangi ALLAH adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar itu tetap disenangi ALLAH'. Hal itu tidak lain kerana syaitan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan pelbagai cara.

10. TERASA INGIN BUANG ANGIN ATAU AIR.

Rasulullah bersabda, 'apabila seseorang daripada kalian bimbang apa yang dirasakan diperutnya apakah keluar sesuatu daripadanya atau pun tidak, janganlah sesekali dia keluar dari masjid sampai dia yakin mendengar suara (keluar angin) atau mencium baunya'. (Hadis Riwayat Muslim).

Berbahagialah orang Muslim yang selama ini terbebas daripada pelbagai macam gangguan syaitan dalam solat mereka, semoga kita semua dibebaskan ALLAH SWT daripada gangguan berkenaan dan bagi yang merasakan keseluruhannya, jangan putus asa untuk berjihad melawan syaitan terkutuk.

No comments:

Related Posts with Thumbnails