TAHUKAH ANDA – PUNCA & AKIBAT DARI WANITA MEROKOK
ISU mengenai peningkatan wanita merokok kembali menjadi topik perbualan apabila kajian mendapati bilangan wanita yang merokok di negara ini telah meningkat 100 peratus pada 2003 berbanding pada tahun 1996.
Isu merokok kini merupakan masalah global yang boleh memudaratkan sistem kesihatan seluruh tubuh badan, menjejaskan produktiviti dan ekonomi negara.
Di mana sahaja kita pergi ada sahaja wanita yang tidak segan silu merokok di khalayak ramai dan mereka seolah-olah bangga dengan apa yang mereka lakukan. Bagi yang Melayu, ke mana hilangnya adat ketimuran mereka kerana langsung tidak ada sedikit segan atau malu apabila perlakuan mereka diperhatikan oleh masyarakat sekeliling.
Mereka yang merokok bukan sahaja terdiri wanita dewasa sahaja, tetapi kini, pelajar sekolah pun sudah berani berjinak-jinak dengan perbuatan tersebut yang mengundang pelbagai risiko dan juga akibat.
Habis waktu sekolah mereka berkumpul di tempat yang agak tersembunyi dan juga sama-sama merokok. Ada juga yang pada mulanya tidak tahu bagaimana melakukan perkara ini, tetapi apabila mereka menjejakkan diri di institusi pengajian tinggi, mereka mula terpengaruh dengan hasutan rakan sekeliling yang lebih berpengalaman.
Pelbagai faktor menjadi punca dan penyebab kepada pertambahan golongan hawa ini merokok. Salah satu faktor kecenderungan tabiat merokok dikalangan golongan tersebut dikenal pasti berpunca daripada empat faktor utama iaitu fisiologi, sosial, psikologi dan juga persekitaran.
Faktor fisiologi yang menjadi penyebab kepada gejala wanita merokok ialah perkara ataupun alasan yang tidak munasabah dikalangan wanita iaitu merokok dapat mengurangkan berat badan dikalangan wanita yang mementingkan penampilan mereka.
Ekoran kepercayaan di kalangan wanita Malaysia bahawa puntung rokok itu dapat membantu mereka mengekalkan bentuk badan dan menghalang mereka daripada menambah berat badan.
Rata-rata wanita Malaysia percaya bahawa merokok boleh mengawal selera, jadi mereka dapat mengawal pengambilan makanan dan mengawal berat badan mereka dan boleh mengekalkan kecantikan dan bentuk badan, tanpa mengetahui bahawa merokok boleh menjejaskan kulit mereka.
Selain itu, faktor psikologi yang dikaitkan dengan merokok ialah perkara berkaitan imej, ketagihan nikotin serta menangani persaan rendah diri dengan cara mengasingkan diri dari orang ramai dan menjadikan rokok sebagai teman di kala diri penuh masalah serta dilema.
Manakala faktor lain pula ialah persekitaran dan sosial atau lebih kepada terpengaruh dengan pengaruh luar dan rakan sebaya yang menyumbang untuk golongan wanita ini merokok.
Ia sudah menjadi trend golongan wanita hari ini mahu memperjuangkan persamaan taraf itu. Ini bermakna mereka mahu meletakkan diri mereka setaraf dengan lelaki. Golongan wanita percaya dengan merokok, taraf mereka sama dengan golongan lelaki. Bagi mereka, jika wanita boleh melakukan apa sahaja yang dilakukan oleh lelaki, ia merupakan satu kebanggaan.
Merokok dikalangan wanita sebenarnya memberikan kesan yang teramat buruk dikalangan wanita dan kesan jangka panjang. perokok wanita mempunyai kadar lebih tinggi untuk dijangkiti kanser paru-paru, payu dara, servik dan kolon serta kadar kesuburan 30 peratus lebih rendah berbanding wanita yang tidak merokok.
Pelbagai jenis penyakit timbul berpunca daripada asap yang [b]mengandungi 4,000 bahan kimia[/b] berbahaya kepada jantung, terutama nikotin dan karbon monoksida itu. Wanita yang merokok akan menjejaskan kesihatan mereka dan juga penyumbang kepada penyakit kronik seperti barah payudara, barah rahim, dan sebagainya.
Begitupun, gambaran itu masih tidak cukup untuk menakutkan seorang perokok untuk mengurangkan jauh sekali meninggalkan tabiat berbahaya tersebut. Mereka tidak pernah takut dengan ancaman itu, malah langsung tidak menghiraukan sebarang risiko yang akan mereka hadapi untuk jangka masa panjang.
Seorang perokok yang mengambil lebih daripada 20 batang sehari, akan menghadapi 10 hingga 15 kali ganda risiko maut akibat serangan jantung jika dibandingkan dengan mereka yang tidak merokok.
Ukuran sebatang rokok yang dihisap ialah 0.5 cm dah jika 20 batang yang dihisap sehari akan bersamaan panjang satu meter. Jika seorang perokok itu merokok lebih banyak dan terlalu berat, semakin panjang batang rokok yang mereka ambil, maka semakin pendek umur mereka akibat penyakit yang diundang dalam sedar.
Kajian yang ditulis dalam Jurnal Institut Kanser Amerika Syarikat menyatakan bahawa wanita yang merokok mempunyai risiko terlalu tinggi mengidap penyakit kanser payu dara berbanding mereka yang tidak atau telah berhenti merokok.
Penemuan terbaru melalui kajian yang dibuat oleh sekumpulan penyelidik diketuai oleh Peggy Reynolds dari Jabatan Perkhidmatan Kesihatan California itu mendapati, wanita yang mengakui mereka mempunyai tabiat merokok menghadapi risiko 30 peratus lebih tinggi dijangkiti penyakit tersebut berbanding mereka yang tidak merokok.
Manakala bagi wanita yang mengamalkan tabiat buruk itu sebelum berusia 20 tahun atau mula merokok sekurang-kurangnya lima tahun sebelum hamil, juga mempunyai risiko yang tinggi. Tetapi, bagi wanita yang pernah merokok dan kemudian berhenti tidak pula menghadapi risiko menghidap kanser payu dara.
Penyakit ini terjadi dikalangan wanita kerana kajian mendapati elemen-elemen asap rokok telah ditemui dalam bendalir payu dara di kalangan wanita yang merokok dan asap rokok sememangnya diketahui mengandungi bahan carcinogens yang berbahaya kepada sel manusia.
Selain nikotin dan karbon monoksida, antara bahan beracun lain yang terkandung dalam asap rokok ialah tar, acetone (penanggal kilat kuku), arsenic (racun anai-anai), ammonia, dioksin dan furan.
Kajian lain turut mendapati selain barah payudara, sekurang-kurangnya 40 penyakit dikaitkan dengan asap rokok, antaranya mati pucuk, jantung, ulser perut, strok, tekanan darah tinggi, keguguran janin, jangkitan saluran pernafasan dan osteoporosis.
Ketika mengandung, berat bayi bagi wanita merokok kemungkinannya tiga kali lebih rendah daripada bayi normal dan lebih tinggi risiko mendapat penyakit serta kematian pada tahun pertama kehidupan. Kualiti susu badan juga berkurangan jika bakal-bakal ibu ini mula merokok semasa bayi dalam kandungan.
Oleh itu, wanita sekarang perlu tahu dan mula buka mata menyedari mengenai bahaya merokok yang mengundang pelbagai bahaya dan risiko. Sebaiknya wanita tidak perlu merokok kerana ia tidak langsung memberikan kesan baik kepada sesiapa sahaja. Wanita Malaysia perlu memelihara adat ketimuran dengan tidak sesekali merokok seperti kaum lelaki.
Kepentingan gaya hidup ibu-ibu yang hamil (seperti merokok) tidak boleh dipandang remeh. Wanita hamil yang merokok lebih banyak melahirkan bayi yang mati bila dibandingkan dengan wanita hamil yang bukan perokok.
Seandainya bayi itu lahir normal, maka bayi wanita perokok lebih sering meninggal pada bulan-bulan pertama kehidupannya.Dalam daun tembakau umumnya terdapat 1-3 peratus dadah nikotin. Nikotin sememangnya bahan racun dan digunakan sebagai agen pembasmi makhluk perosak.Bayangkanlah apa yang mampu dilakukan oleh nikotin terhadap janin. Asap dari setiap batang rokok mengandungi tar asap yang apabila termeluap mengandungi pelbagai bahan kimia, termasuk sesetengah yang menyebabkan barah, nikotin akan menyebabkan ketagihan, dan karbon monoksida sejenis gas yang mampu membunuh dengan mengurangkan keupayaan darah membawa oksigen.Tambahan lagi, nikotin juga boleh berpindah kepada bayi secara langsung melalui susu badan. Di antara akibat kesan toksik merokok terhadap janin yang telah dibuktikan oleh kajian-kajian ditunjukkan di dalam jadual di bawah.Kesan bahaya rokok terhadap janin
- Perencatan pertumbuhan janin disebabkan oleh penurunan aliran darah ke dalam plasenta.
- Peningkatan kadar kamatian janin (perinatal).
- Kecacatan kepada bayi seperti kecacatan kepada bibir dan palate (`cleft lip dan palate’)
- Peningkatan risiko untuk mengalami sawan.
- Kelahiran sebelum tempoh matang (atau tidak cukup bulan)
- Keguguran
- Penurunan berat badan bayi sebanyak 150-200 gm
- Perkembangan sistem saraf yang tidak normal (contoh: strabismus)
- Berisiko tinggi untuk mendapat lelah/asma
- Sindrom kematian bayi mengejut
- Semua kesan di atas lebih besar kemungkinan berlaku ke atas wanita atau ibu yang merokok berbanding dengan yang tidak merokok.
Alangkah tidak adilnya jika wanita yang merokok yang memilih untuk menderita juga `mendera’ kandungannya. Jika bayi ini terus hidup, tempoh penderitaan bayi tersebut mungkin berpanjangan.Rancangan kaedah pencegahan harus ditumpukan kepada kanak-kanak dan remaja. Proses ini memerlukan kombinasi penyelidikan yang terperinci mengenai masalah merokok di kalangan ibu-ibu yang mengandung dan kesannya kepada janin serta bayi yang dilahirkan, dan pendidikan yang berkesan kepada masyarakat tentang bahaya merokok.Program penerangan mengenai bahaya merokok perlu dijalankan di awal lawatan prenatal.Setiap wanita yang hamil harus berhenti merokok terutamanya semasa hamil dan dalam tempoh tahun pertama selepas bayi dilahirkan.Bahaya rokok bukan sahaja memudaratkan si ibu malah turut membahayakan anaknya. Setiap individu dan agensi seperti Kementerian Kesihatan, organisasi bukan kerajaan, dan penduduk tempatan mesti bertanggungjawab serta menggembeling tenaga serta kepakaran untuk mengenal pasti punca masalah dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menangani masalah ini. Jika anda mengandung dan masih merokok, berhentilah sekarang!
Hukum Merokok Bagi Orang Islam
1. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya hukumnya adalah haram kerana daripadanya terdapat kemudaratan.2. Ulama-ulama semasa seperti Dr Abdul Jalil Shalabi mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan masyarakat.3. Dr Zakaria Al Bari (anggota Akademi Kajian Islam dan Anggota Lujnah Fatwa Al-Azhar) menyatakan merokok hukumnya haram atau makruh adalah pendapat yang kuat.4. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.5. Syeikh Hasanain Makhluf iaitu bekas Mufti Kerajaan Mesir telah menetapkan merokok adalah haram jika mendatangkan mafsadat kesihatan dan mengurangkan hak keluarga dari segi pengurangan nafkah kepada keluarganya. Makruh jika mafsadat itu tidak ketara atau tidak mengurangkan hak nafkah keluarga.6. Di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 yang berlangsung pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram menurut pandangan Islam.7. Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan yang telah diwartakan pada 7 Disember 1995 di bawah Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 telah menyebutkan bahawa amalan menghisap apa jua jenis rokok adalah haram bagi mana-mana orang Islam.
8. Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa menanam tembakau atau merokok dan memanfaatkan hasil tembakau adalah haram.9. Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah berpegang kepada fatwa merokok adalah haram walaupun sehingga kini belum ada penguatkuasaan berhubung perkara itu kerana berdasarkan pendapat pengamal perubatan bahawa perbuatan merokok boleh mendatangkan mudarat.10. Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka juga telah bersetuju menerima pakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram.
No comments:
Post a Comment