Powered By Blogger

Sponsor

Monday, July 12, 2010

Juara Mentor 4



Mohd Izwan Mohd Nor atau Mohd telah dinobatkan sebagai juara program realiti terbitan TV3, Mentor musim keempat yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sebentar tadi. Mohd mengungguli dengan jumlah markah keseluruhan sebanyak 71 yang melayakkannya membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai RM 100,000 dan kontrak rakaman bersama Monkey Bone manakala mentornya Ziana Zain turut membawa pulang RM100,000.
Dalam konsert akhir itu, Mohd telah memberikan persembahan yang cukup menarik menerusi lagu baru ciptaan komposer baru, Aswandy yang berjudul Cinta. Bukan itu sahaja, anak kelahiran Johor Bahru itu juga berjaya memukau hadirin apabila berduet dengan Fiq menerusi lagu 3 Malam Tanpa Bintang dan Bujang Senang.
Tempat kedua dimenangi oleh Adi Hamiz Johar atau Adi hanya mampu berpuas hati apabila menyandang gelaran naib juara dengan markah sebanyak 62 peratus meskipun mempamerkan persembahan mantap terutama apabila berduet dengan Aizat. Adi dan mentornya Dayang Nurfaizah masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000.
Sementara itu, Nani atau nama sebenar Nurhadzwani Salleh dan mentornya, Azmeer pula terpaksa akur dengan keputusan apabila meraih tempat ketiga dengan jumlah markah keseluruhan 51 peratus. Mereka membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000 setiap seorang.


Keputusan Penuh Mentor 4
Juara
Protege: Mohd
Mentor: Ziana Zain
Tempat Kedua
Protege: Adi
Mentor: Dayang Nurfaizah
Tempat Ketiga
Protege: Nani
Mentor Azmeer

No comments:

SHARE THIS

Related Posts with Thumbnails