Jabatan Meteorologi Malaysia
hari ini mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di beberapa kawasan di perairan utara Semenanjung bermula esok sehingga Selasa depan.Menurut kenyataan jabatan itu angin kencang barat laut dengan kelajuan antara 40 dan 50km sejam dan ketinggian ombak sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di perairan Langkawi, Perlis, utara Kedah, Phuket serta Condore.Keadaan ini berbahaya kepada bot kecil serta kegiatan rekreasi dan sukan laut
No comments:
Post a Comment