Portugal menang besar dan menikmati kemenangan terbesar Piala Dunia apabila mereka menewaskan Korea Utara 7-0 dalam perlawanan Kumpulan G malam tadi untuk menghancurkan harapan satu2nya wakil Asia.
Cristiano Ronaldo akhirnya berjaya mencatat nama sebagai penjaring bagi membantu Portugal berada dalam kedudukan selesa bersama Brazil untuk melangkah ke pusingan kedua selepas mempamerkan aksi menyerang yang menghiburkan.
Ronaldo, terdesak untuk mengakhiri kemarau 16 bulan tanpa gol, membuat percubaan yang terkena palang pada minit ke-70 tapi dia tidak menunggu lama untuk menjaringkan golnya walaupun agak bernasib baik ketika melakukannya.
Pada minit ke-87, dia menembusi pertahanan lawan dan bola yang melantun selepas terkena penjaga gol Ri Myong-guk itu kemudian meleret di belakang Ronaldo sebelum jatuh ke laluannya untuk mudah baginya menolak masuk.
“Gol saya memang kelakar tapi saya amat gembira. Gol tetap gol. Untuk menjaringkan tujuh gol dalam perlawanan Piala Dunia bukan mudah. Saya mesti memuji rakan pasukan saya, mereka bermain dengan begitu hebat,” kata Ronaldo.
Jurulatih Portugal, Carlos Queiroz berkata, beliau me ngambil pendekatan perla wanan itu menerusi tiga pe ringkat iaitu menang, men jaringkan gol dan kemudian melihat kedudukan dan ter nyata anak buahnya mengi kut segala yang dirancang
Portugal kini dua mata di belakang Brazil yang sudah layak juga lawan terakhir yang akan mereka temui pada peringkat kumpulan. Namun kemenangan itu lebih penting buat Portugal dari segi perbezaan gol ber banding Ivory Coast yang perlu mencipta lebih banyak jaringan pada perlawanan terakhir menentang Korea Utara.
portugal menang besar
portugal menang besar
portugal menang besar
No comments:
Post a Comment